Yayasan
Wiba Prima

Objektif utama Yayasan WIBA Prima adalah menganjurkan projek pendidikan dan projek kebajikan bagi masyarakat Malaysia, tidak mengira agama, bangsa, serta keturunan melalui pelbagai pendekatan.

tun dr. mahathir mohamad

the art of
statesmanship

A collection by Tun Dr. Mahathir Mohamad, the greatest Malaysian-known Statesman, it is the realization of his vision to share and make Galeria Perdana Langkawi as a gift to his people.

Yayasan
Wiba Prima

Objektif utama Yayasan WIBA Prima adalah menganjurkan projek pendidikan dan projek kebajikan bagi masyarakat Malaysia, tidak mengira agama, bangsa, serta keturunan melalui pelbagai pendekatan.

tun dr. mahathir mohamad

the art of
statesmanship

A collection by Tun Dr. Mahathir Mohamad, the greatest Malaysian-known Statesman, it is the realization of his vision to share and make Galeria Perdana Langkawi as a gift to his people.

View More >

Moto:

“Jika kita hendak berjaya, kita akan berjaya.”

Dato’ Ibrahim Bin Abdullah,
Pengasas Yayasan Wiba Prima

Tentang Yayasan Wiba Prima

Yayasan WIBA PRIMA adalah singkatan kepada Yayasan Warisan Ibrahim Bin Abdullah (WIBA) Pembangunan Remaja Islam Malaysia (PRIMA). Yayasan WIBA PRIMA (YWP) adalah sebuah yayasan yang telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan nombor pendaftaran PPAB 06/2004 pada 21 Disember 2004.

Yayasan WIBA Prima telah ditubuhkan oleh pengasasnya, iaitu Almarhum Dato’ Ibrahim Bin Abdullah dan isterinya, Almarhumah Datin Fatimah Binti Abu Bakar (sila lihat buku ‘Bapaku Ibrahim Abdullah’ untuk latar belakang pengasas).

Hari ini, usaha Yayasan WIBA Prima diteruskan dengan dipengerusikan oleh anaknya, Datuk Dr Kamilia Ibrahim.

Objektif Utama

Objektif utama Yayasan WIBA Prima adalah menganjurkan projek pendidikan dan projek kebajikan bagi masyarakat Malaysia, tidak mengira agama, bangsa, serta keturunan melalui pelbagai pendekatan. Projek yang dijalankan adalah tidak terhad kepada penganjuran seminar, konvensyen serta kursus di pelbagai peringkat termasuk daerah, negeri, dan nasional, tetapi juga meliputi pelbagai projek pembangunan komuniti yang sesuai mengikut keadaan setempat dan keperluan semasa.

Antara program teras Yayasan WIBA Prima adalah program Pembangunan Remaja Islam Malaysia (PRIMA) yang memfokuskan kepada anak-anak dari umur 5 tahun sehingga 23 tahun. Selain itu, Yayasan WIBA Prima juga sedang giat menjalankan projek komuniti iaitu Skatebowl Langkawi, selain projek Pemuliharaan Khazanah Negara bersama Jabatan Muzium Malaysia.

Visi

Menjadi badan bukan kerajaan yang paling responsif dalam isu-isu kebajikan dan pendidikan yang melibatkan golongan remaja Muslim.

Misi

Mengupayakan tenaga pakar dan sumber kewangan dalam membantu memperkasa golongan remaja dari aspek kebajikan dan pendidikan secara profesional dan progresif, dengan menjalinkan kerjasama dengan setiap pihak berkepentingan untuk menjayakan misi.

Program Teras

Senarai program bermanfaat anjuran Yayasan Wiba Prima.

JOM DERMA!

Klik Di Sini

Ikuti kami di platform ini

Ikuti kami di platform ini