TENTANG KAMI
merupakan singkatan kepada Yayasan Warisan Ibrahim Bin Abdullah (WIBA) Pembangunan Remaja Islam Malaysia (PRIMA). Kami adalah sebuah yayasan yang telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan nombor pendaftaran PPAB-06/2004 pada 22 September 2003.
Yayasan WIBA Prima telah ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu Allahyarham Dato’ Ibrahim Bin Abdullah dan isterinya Allahyarhammah Datin Fatimah Binti Abu Bakar (Sila lihat buku, Bapaku Ibrahim Abdullah untuk latarbelakang pengasas). Hari ini, usaha Yayasan WIBA Prima diteruskan dengan dipengerusikan oleh anaknya, Datuk Kamilia Ibrahim.
Program ini utk sepanjang masa persekolahan unjuran daripada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berterusan satu usaha meningkatkan pencapaian prestasi murid. Cara ini mudah, kos efektif dan menjimatkan masa. Ini akan menjadi trend baru pembelajaran abad ke-21
Kami mensasarkan 500 ribu pelajar mendapat bantuan pembelajaran dirumah dengan dana diperlukan sebanyak RM17,500,000.00 ( Ringgit Malaysia Tujuh Belas Juta Tujuh Ratus Lima Ratus Ribu )
Menganjurkan projek pendidikan dan projek kebajikan bagi masyarakat Malaysia tidak mengira agama, bangsa serta keturunan melalui pelbagai pendekatan.
Dato’ Ibrahim Bin Abdullah, Pengasas Yayasan Wiba Prima
Pembelajaran di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apa usaha serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan? Kami Yayasan WIBA PRIMA mengambil inisiatif bagi mengumpul dana dan menyalurkan bantuan pendidikan di rumah secara talian (e-pembelajaran). Ayuh kita sama-sama membantu bagi meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.
10
SEKOLAH
1,500
PELAJAR
600
RUMAH
Setiap murid dan pelajar yang bakal menerima bantuan akan kami sediakan satu bentuk pembelajaran secara talian (e-pembelajaran) yang sangat menarik untuk anda belajar dirumah. tonton video ini untuk daptkan maklumat yang lebih jelas
Setiap individu atau syarikat dapat memainkan peranan untuk membantu dalam menjayakan program kami
Sumbang wang tunai sebanyak RM35 boleh memberi peluang seorang pelajar mengulangkaji pelajaran untuk semua mata pelajaranya secara berterusan di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami perlu sokongan anda.
Kami berbesar hari anda boleh terlibat secara langsung dalam program kami.
Dengan sumbangan ini moga anak-anak kita akan meneruskan pembelajaran demi menjamin masa depan anak-anak yang bakal menerajui negara tercinta.
Untuk badan Agensi Kerajaan, Syarikat berkaitan kerajaan, Swasta dan individu yang ini menyumbang, kami mengalu-alukan anda membantu program kami.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui maklumat dibawah
YAYASAN WIBA PRIMA
Suite 59-3 Securiforce Building,
Jalan 2/64A,
Off Jalan Sultan Azlan Shah,
50350 Kuala Lumpur.
yayasanwibaprima@gmail.com
01156659545 ( Amirul Iskandar)
0197905720 ( Mh Azizi )