Sejarah Penubuhan


Yayasaan WIBA PRIMA merupakan singkatan kepada Yayasan Warisan Ibrahim Bin Abdullah (WIBA) Pembangunan Remaja Islam Malaysia (PRIMA).Yayasan WIBA PRIMA (YWP) adalah sebuah yayasan yang telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan nombor pendaftaran PPAB-06/2004 pada 22 September 2003.Yayasan WIBA Prima telah ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu Allahyarham Dato’ Ibrahim Bin Abdullah dan isterinya Allahyarhammah Datin Fatimah Binti Abu Bakar (Sila lihat buku, Bapaku Ibrahim Abdullah untuk latarbelakang pengasas). Hari ini, usaha Yayasan WIBA Prima diteruskan dengan dipengerusikan oleh anaknya, Datuk Kamilia Ibrahim. 

Objektif Utama


Objektif utama Yayasan WIBA Prima adalah menganjurkan projek pendidikan dan projek kebajikan bagi masyarakat Malaysia tidak mengira agama, bangsa serta keturunan melalui pelbagai pendekatan. Projek yang dijalankan adalah tidak terhad kepada penganjuran seminar, konvensyen serta kursus di pelbagai peringkat termasuk daerah, negeri dan nasional tetapi juga meliputi pelbagai projek pembangunan komuniti yang sesuai mengikut keadaan setempat dan keperluan semasa.


Pengasas Yayasan Wiba Prima

Pengasas  (Founding Committee)

Lagu Rasmi

Sebelum kita meninggal

Tunjukkan jasa yang jati

Nama baik biarlah kekal

Kekal sampai mati


Bila kita sudah cukup remaja, putera

Janganlah takut walau di hutan rimba

Segala susah payah harus dirasa

Cuba mesti cuba